Senin, 09 Agustus 2010

Zaki Muzakir: Debat 5: Authoritas dalam menafsir dan memahami agama

Zaki Muzakir: Debat 5: Authoritas dalam menafsir dan memahami agama

Posted on February 14, 2009. Filed under: Koleksi debat Islam-Freethinker |

DEBAT INI ADALAH SAMBUNGAN DEBAT DI YAHOO MESENGER 4.

ADALAH JAWABAN DARI KIRIMAN ZAKI MUZAKIR KE EMAIL i_shahil@yahoo.com SAYA.

ZAKI TELAH MENOLAK UNTUK BERDEBAT MELALUI YAHOO MESENGER.

Salam hormat buat anda Zaki Muzakir:

Zaki:

Saya tak butuh otoritas dalam berkomunikasi dengan Allah.

Shahil:

Memang saya juga tidak memerlukan authoritas dalam berkomunikasi dengan ALLah. Komunkasi dengan Allah lewat doa dan rintihan memang tidak memerlukan aothoritas. Kerana jika anda menggunakannya ia telah melemahkan ALLah.

Namun seperti yang kita bahaskan di YM authoritas dalam memahami al-Quran dalam keadaan anda dan saya tidak tahupun berbahasa Arab dan tidak tahupun ilmu tafsir. Maka saya bertanya di mana anda mahu tahu tafsiran anda benar?

Zaki:
Ketika saya mengerti maksud Allah setelah mendengar nasihat pakcik, siapakah yang membuat saya mengerti? Apakah Allah yang membuat saya paham? Atau, apakah pakcik yang membuat saya paham?

Shahil:

Memang ALLah membuat anda faham nasihat saya. Tetapi saya adalah wasilah adat untuk memberi anda faham. Sama juga anda tidak faham mahu menyelesaikan soalan mathematic, anda pasti bertanya kepada dosen anda cara-cara menyelesaikannya. Setelah dosen anda memberikan jalan cara, barulah anda boleh menjawabnya didalam examination.

Dan saya rasa anda tidak akan mengangkat tangan ke langit dan berkata “Ya ALLah, berikanlah jawaban bagaimana menyelesaikan soalan mathematic ini”.

Zaki:

Ketika saya memahami maksud Allah setelah mendengar tafsir Al Quran imam Syafei misalnya, siapakah yang membuat saya mengerti? Apakah Allah yang membuat saya paham? Ataukah imam Syafei yang membuat saya mengerti?

Shahil:

Lho mengapa anda perlu mendengar tafsir Imam Syafi’e sedangkan anda bermatian berkata anda tidak memerlukan authoritas?

Ayuh, jika saya berikan al-Quran berbahasa Arab total dan saya minta anda tafsirkan, bolehkah? Tentu pasti tidak boleh kerana anda tidak tahu berbahasa Arab.

Jika anda tahu sekalipun, maksud kalimat “Lamassu” yang berbezapun mungkin anda tidak tahu.

Zaki

Tentu jawaban pakcik adalah; yang membuat saya paham adalah Allah. Nasihat pakcik, tafsiran imam-imam zaman dahulu, hanyalah syariat. Bila demikian, di mana letak pentingnya otoritas? Kalau Tuhan menghendaki, seorang bodoh pun bisa membuat saya memahami kehendak Allah.

Shahil:

Anda tidak mengetahui hubugan syari’at dan authoritas.

Di dalam al-Quran mengandungi ilmu Tauhid, fiqh dan tasauf. Imam-imam Mujtahid menafsir al-Quran lalu keluarlah tiga ilmu itu. Mereka boleh menafsir kerana mereka mempunyai ilmu tafsir yang cukup, kerana mereka belajar dari ulama authoritas sebelum mereka, terus-terusan dari satu guru dari satu guru bersambung ilmu hingga kepada punca authoritas iaitu Nab Muhammad.

Ia samalah dengan anda belajar ilmu mathematic dari dosen anda, dosen anda dari dosennya, dosennya dari dosennya hinggalah kepada orang yang mencipta mathematic itu.

Saya tegaskan kepada anda, hanya Nabi Muhammad sahaja yang tidak berilmu (bukan bodoh) diberi ilmu tanpa belajar. Namun Sahabat, Tabi’in, Tabi’ Tabi’in semuanya belajar bersambung rantai hingga hari ini. Dan tidak ujud orang yang bodoh dapat menjadi ulama besar ahli ilmu tanpa belajar dari guru yang berauthoritas.

Apa yang saya maksudkan dengan kefahaman ialah memahami apa yang di ajar oleh guru yang berauthoritas itu. Jika anda bertanya masalah agama kepada orang yang tidak pernah tahu agama, maka jawaban yang anda terima apakah boleh dipercayai benar? Tidak kok.

Zaki:

Pakcik mungkin bertanya, kalau seorang bodoh menasihati saya, bagaimana saya yakin bahwa perkataan si bodoh adalah kebenaran?

Shahil:

Mengikuti nasihat orang bodoh, jika anda menurut membuta tuli mungkin anda akan jadi bodoh juga. Dari mana anda tahu benar atau salah perkaaan dia? Dengan akal anda memikir.

Di sini tidak timbul soal authoritas kerana hanya nasihat yang boleh diterima atau ditolak.

Zaki:

Bilakah hal ini terjadi, saya akan memeriksa hati nurani (conscience) saya. Apa yang mendorong saya setuju dengan pemikiran si bodoh? Apakah karena itu menguntungkan saya? Ataukah saya hanya tertarik berkawan dengan si bodoh itu? Ataukah karena sebelumnya si bodoh berbuat baik kepada saya?

Shahil:

Di sini tidak timbul soal authoritas kerana hanya nasihat yang jika anda tilik boleh diterima yah anda pakai dan demikian juga senaliknya.

Namun jika orang itu anda pasti bodoh contohnya berak di tengah jalan, kemudian dia membawa al-Quran dan menafsirkan “Alhamdulillahi rabbil aalamin” dengan maksud “Puji-puji bagi hantu yang berak di tengah jalan”, apakah anda mahu menerimanya? Coba anda jawab.

Bengung jika ada orang yang menerimanya.

Zaki

Bila semua jawaban atas semua pertanyaan tadi adalah tidak, maka saya akan berkata, insya Allah benar. Apakah saya yakin? Wallahu alam.

Shahil:

Bila orang yang berak di tengah jalan itu menafsir “alhamdulillahi rabbil aalamin” itu dengan maksud “puji-puji bagi hantu yang berak ditengah jalan”, apakah anda akan berkata “insya’ALLah, tafsirnya mungkin benar”? Begitukah?

Jika anda berkata demikian, bermakna anda perlukan kaunseling kok.

Zaki:

Karena kebenaran mutlak ada di tangan Allah. Bahkan imam empat mazhab pun tak akan mampu menggenggam kebenaran mutlak. Siapapun yang merasa dirinya lebih benar dari orang lain, haruslah segera beristigfar. Mohon ampun kepada Allah.

Shahil:

Saya tidak pernah bilang manusia pasti benar. Saya bilang auhoritas dalam menafsir agama bermaksud orang yang lebih berilmu.

Memang Imam Maliki berkata “perkataanku ini mungkin benar dan mungkin salah. Maka selidikilah dahulu”. Namun beliau adalah rujukan muridnya dan rujukan Imam syafie.

Namun Imam Syafie menolak beberapa fatwa Imam Malik gurunya itu dengan dasar ilmu yang ada padanya. Imam Syafi’e dalam masa belajar dengan Imam Malik juga belajar ke Mesir. Maka dengan ilmunya yang didapati setelah berbahas dengan Imam Abu Yusuf murid Imam Hanafi, maka dia berfatwa baru yang berbeza dengan fatwa Imam Malik gurunya.

Jadi perbezaan ini adalah perrbezaan pendapat berdasarkan ilmu, bukan penolakan kerana Imam Malik mengatakan dirinya sahaja benar.

Namun saya telah menejalaskan bahawa kita boleh saja menafsir agama tetapi dengan kawalan rujukan ulama mujtahidin dahulu. Dalam memahami tafsiran mereka harus kita lihat dalilnya. Inilah suruhan Imam HAnafi dengan katanya “Tidak sah sesiapa mengikut pendapatku melainkan mengetahui sumber (dalil) ambilanku”. Lihat di sana dikatakan “…melainkan mengetahui sumber ambilanku”. Ertinya belajar hukum dari mereka dan melihat sumber dalilnya.

Saya rasa orang yang menolak tafsiran imam yang berauthoritas ilmu ini telah menolak Sabda Nabi. Nabi Muhammad yang punya authoritas berkata “Bertanyalah kepada ahli zikir (ilmu) jika kamu tidak mengetahui”. Ertinya Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam memerrintahkan jika bodoh belajar dengan orang yang tahu, jika mahu menafsir al-Quran dan agama harus belajar dari guru, dari guru ke guru hingga kepada Nabi sendiri.

Maka mereka yang menolak berguru adalah engkar Hadith itu. Masa berkata “hanya Nabi Muhammad berauthoritas” tetapi tidak faham dan menolak suruhan Nabi. Istighfar kok.

Zaki:

Apakah pakcik yakin bahwa pakcik lebih paham Allah ketimbang anak pakcik yang masih kecil? Apakah pakcik yakin bahwa istri pakcik lebih tidak paham dalam urusan kebenaran?

Shahil:

Anda harus tahu apakah yakin dan sumber yakin, jangan asal bicara sahaja.

Yakin datang awalnya dengan ilmu. Ilmu datang awalnya dengan melihat, merasa, mencium, juga belajar dari guru. Kemudian otak memikir dengan kawalan doa mohon taufik dari ALLah Taala supaya diberi keputusan benar salahnya.

Jika telah putus hujah dan dalil, maka berijtihadlah memutuskan ia benar. Ini hanya dilakukan dengan ijtihad ilmiah bukan membuat keputusan melulu tanpa system keilmuan.

Faham ALLah Taala antara orang dewasa dan anak kecil adalah berbeza. Orang dewasa cerdas akal harus memahami AlLLah Taala dengan mendalam. Anak kecil hanya perlu diberi contoh mudah kerana dia akan bingung jika dalam-dalam.

Anak usia 7 tahun telah diperintah solat. Apa dia tahu zat, sifat, asma’ dan af’al ALLah Taala? Tidak tahu dan tidak mampu dia fahami kok. Namun mengapa disuruh solat juga oleh ALLah Taala? Ya kerana ALLah Taala menerima kadar makrifat anak kecil itu yang sedikit sesuai dengan akalnya.

Maka disini tidak timbul siapa lebih tahu ALLah Taala antara orang dewasa cedas akal dan anak kecil dengan sifat yang berbeda itu.

Zaki:

Apakah pakcik yakin lebih memahami Allah daripada seekor babi yang memiliki otak lebih kecil dan dinyatakan haram dalam Al Quran?

Shahil:

Saya fikir anda perlu mengetahui apakah itu akal dan naluri.

Manusia ada akal dan naluri serta al-Quran. Akal dan naluri bersama berkerja untuk mencari kebenaran dalam memahami agama. Al-Quran adalah kawalannya.

Babi hanya ada naluri tetapi tiada akal. Ada pendapat mengatakan haiwan sentiasa ingat kepada ALLah Taala. Dan apabila dia lupa sahaja, maka ALLah Taala akan mematikannya. Namun ini hanya pendapat, jika sesuai dengan al-Quran dan Sunnah ya saya akan ikuti. Namun setakat ini saya belum mempunyai ilmu tentangnya.

Maka tidak timbul masalah babi lebih tahu dari manusia tentang ALLah dengan fitrah kejadiannya. Jika ditilik dengan akal dan naluri, pastinya manusia lebih tahu kok.

Zaki:

Jika Allah menghendaki seekor babi kotor memahami maksud diri-Nya, apakah ukuran otak babi akan menjadi penghalang? Ataukah status haram babi menghalangi Allah memberikan hidayah kepada babi?

Shahil:

Apakah anda mahu memisahkan hubungan ALLah Taala Pencipta dan otak babi yang diciptaNya dengan berkata “otak babi jadi penghalang hidayah ALLah”? Apakah anda tahu otak babi itu fahamkah atau tidak fahamkah tentang dirinya?

Jika babi tidak faham tentang dirinya, mengapa babi boleh berjalan ditepi sungai ada buaya, tidak terjun kedalam suangai itu? Mengapa ALLAh mencipta otak babi memahami tidak terjun ke dalam sungai ada buaya? Jawabnya kerana ALLah sendiri mencipta naluri otak babi yang merasai bahaya buaya di dalam sungai itu makanya dia tidak terjun. Demikianlah juga kaedahnya dengan hukum haram itu adalah ciptaan ALLah Taala jua.

Zaki:

Bila saja pakcik mengaku yakin lebih pintar dari anak pakcik, maka pakcik termasuk orang sombong.

Shahil:

Pinter dan bodoh adalah dengan batasan ilmu. Jika saya lebih pinter dari anak saya, itu ukuran ilmu. Sombong adalah sifat diri yang diluar bidang batasan ilmu itu. Jika saya berkata kepada anak saya “nak, kamu belum tahu hal ini. Maka belajar dulu” tidak timbul saya sombong. Apakah anda bila melihat orang bodoh terus berkata “bodohnya orang itu”? Jika ya, itulah hakikat sombng.

Dan adalah orang yang sombong untuk menolak keilmuan orang yang lebih pandai dahulu, sama seperti sombongnya pelajar universitas yang mengatakan dosennya bodoh dan tidak perlu diikut.

Zaki:

Bila pakcik yakin lebih pintar daripada seekor babi dalam memahami Allah, maka pakcik telah menghina kemampuan Allah Yang Tak Terbatas. Beristigfar-lah.

Shahil:

Sama dengan jawaban saya kepada anak saya di atas. Lebihnya saya memahami ALLah Taala dari seekor babi dengan kadar ilmu dan akal yang ALLah Taala kurniakan. Sama juga dengan kadar babi memahami ALLah Taala dengan naluri yang ALLah Taala itulah juga memberikannnya.

Maka apakah timbul lagi menghina ciptaan ALLah? Apa anda ini tidak memahami perbezaan ciptaan ALLah Taala.

Lihat dulu dong alam keliling dengan hati nurani yang anda katakan itu baik-baik.

Zaki:

Imam Syafei menafsirkan Quran, silakan. Saya mungkin mengikutinya. Tapi bila sedikit saja ia berkata tafsirnya lebih baik daripada imam yang lain, maka saya yakin Imam Syafei salah.

Shahil:

Imam Syafi’e berkata “Inilah pendapatku. Mungkin ada orang lain yang berpendapat lebih baik dariku. Jika terdapat Hadith yang lebih sahih, maka ikutlah ia”.

Imam Syafi’e tidak pernah menyalahkan imam lain. Anda telah memfitnahnya. Istighfarlah kerana anda telah membuat andaian yang tidak seharusnya.

Zaki:

Bila pakcik berniat menasihati saya, silakan. Saya mungkin mengikuti nasihat pakcik. Tapi bila sedikit saja pakcik merasa yakin lebih pintar dari seekor lembu, saya yakin nasihat pakcik salah.

Shahil:

Bermula dari debat kita di YM lagi saya tidak pernah mengatakan saya lebih pinter dari seekor lembu. Apa-apaan anda ini?

Saya katakan ialah seseorang yang mahu menafsir agama harus belajar dan berguru dari orang yang lebih tahu. Dalam hal ini guru-guru dan imam mujtahid.

Zaki

Tanya anak pakcik, bagaimana Allah sebenarnya. Bila pakcik tak mengerti, jika pakcik ragu penjelasan anak pakcik, jangan salahkan anak pakcik. Salahkan otak pakcik yang serba terbatas. Bila pakcik tak mengerti penjelasan saya di sini, jangan buru-buru menilai saya salah. Salahkan otak pakcik yang serba terbatas.

Shahil:

Dari manakah saya tahu jawaban anak saya tentang ALLah salah? Coba anda jawab.

Saya tahu salah benarnya dengan ilmu. Ilmu itu saya pelajari dari imam berauthoritas iaitu Imam Abu Hasan asy’ari. Ia mengajar Tauhid dengan perbahasan mendalam.

Tentang tauhid anak kecil Imam Ghazali menasihatkan supaya di ajar secara mudah sesuai dengan akal anak itu. Dan orang bengung sahaja yang menyalahkan anak kecil jika dia tidak tahu Tuhid mendalam. Kok anak kecil mahu di ajar sifat 20 mendalam? Bengung amat guru itu dan tidak pernah berlaku kok anak kecil di ajar sifat 20 mendalam.

Maka anda sudah dewasa. Saya telah menyebutkan dahulu “ ‘aqlul kulli” iaitu akal umum keseluruhan manusia adalah sama daya memahami ALLah Taala.

Maka andalah yang perlu menilai semula sistem jalan pemikiran anda yang semberono sahaja mahu berkata “Tidak perlu authoritas dalam memahami agama kerana authoritas hanya Nabi Muhammad”.

Saya bertanya dari mana anda mendapat authoritas menafsir al-Quran dalam keadaan anda tidak tahu langsung berbahasa Arab dan tidak pernah berjumpa Nabi Muhammad?

Apakah anda ini seorang Sahabat yang hidup di zaman Nabi Muhammad, mati dan bangkit semula dizaman ini makanya tidak perlu guru berauthoritas seperti Imam Syafi’e?

Maka pelajarilah menggunakan logika dan mantiq dengan sistemnya yang betul. Jangan sekali membuat andaian tentang ALLah tanpa mengetahui hubungan antaraNya dengan ciptaanNya.

Wassalam.

Shahil

http://shahil.wordpress.com

http://shahil.wordpress.com/2009/02/14/zaki-muzakir-debat-5-authoritas-dalam-agama/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Hidup Dan Perjuangan

Apa yang tidak mampu terlepas satu sama lain? Yang mampu mengikat lebih erat daripada nadi. Yaitu kehidupan dan perjuangan.

Dimana hidup bernaung, disanalah perjuangan mengekori-nya. Tidak ada hidup yang sempurna tanpa perjuangan. Dan mungkin semua memang sudah terukir jelas.

Mungkin memang terlalu naif. Tapi aku sadar arti sebuah perjuangan. Dimana nafas terhembus, disanalah perjuangan terucap. Bukan salah siapapun ketika semua terasa memberatkan. Tapi pahamilah bahwa tak selamanya ini salah.

Aku Dan Diriku

Jakarta Pusat, Jakarta, Indonesia
» aku adalah seseorang yang seperti apa aku pikirkan.mungkin tidak lebih.dan mungkin tidak kurang. » bagiku hidup adalah kejujuran yang mutlak.karena itulah kejujuran yang paling sejati dari Allah.

Just Believe In One Way

Percaya, inilah yang selalu aku pegang untuk mampu menjalani semua permasalahan kehidupan. Tanpa adanya kepercayaan maka arti hidup ini tak akan pernah jadi indah. Tapi aku berusaha memahami arti yang sebenarnya.

Ketika aku mulai menyadari segala hal itu memerlukan perjuangan. Maka aku menyadari pelbagai unsur dari kehidupan itu sendiri. Aku selalu membicarakan ini. Karena memang inilah yang terpenting. Dan inilah segala impian juga harapan yang menjadi satu buah kenyataan. Bermula dari bukan siapa-siapa, dan waktu yang sangat banyak membuatku ingin mencari sesuatu lebih bermakna.

my-favorite-picture

my-favorite-picture